OLEH : PN. NORSAKINAH
Dalam kuliah, Pn Sakinah memulakan dengan menanyakan kenapa perlu menjalankan kajian tindakan? Pn. Sakinah menyatakan tindakan selalu dijalankan namun bukan semua tindakan dijadikan iktibar. Iktibar adalah penting untuk penambahbaikan sesuatu tindakan. Oleh sebab itu, pengumpulan data yang betul serta sempurna boleh menjadikan kajian yang dikaji berkualiti.
Kenapa perlu melakukan kajian tindakan dengan sempurna?
- Untuk menunaikan tanggungjawab kepada pelajar
- keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
- keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan.
Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) adalah penting dan kritikal kepada penyelidikan untuk memastikan sesuatu kajian itu berkualiti.
Kesahan
-merujuk kepada kebenaran data.
-dengan mengetahui sama ada data yang dikumpul adalah data sebenar untuk mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji.
Kebolehpercayaan
-merujuk kepada ketepatan data
-kebolehpercayaan dalam kajian tindakan selalunya adalah rendah kerana data diambil dari sample yang terlalu kecil.
(sample dalam satu bilik darjah, tidak boleh digunakan untuk menjustifikasikan kelas-kelas lain)
-untuk penambahbaikan data
>adakah maklumat ini merupakan perwakilan kepada realiti
>bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk sahkan kepada ketepatan data?
- Kebolehpercayaan kajian tinggi, penyelidikan mendalam.
Kebolehpercayaan kajian rendah, penyelidikan tidak mendalam.
Tahap kajian tindakan
1. kenal pasti masalah
2. rancang
3. kumpul data
4. analisis data
5. perancangan untuk tindakan seterusnya
Mengumpul data
- Apakah jenis data yang kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian?
- Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif (triangulation)?
Alat pengumpulan data
- pemerhatian (video-taped)
- nota guru dan komen
- Kerja pelajar
- Refleksi pelajar & kerja pelajar
- Jurnal pelajar
- Ujian
- Tindakan soal selidik
- Temubual (audio-taped)
Kesimpulannya, kajian tindakan mempunyai pelbagai teknik pengumpulan data, namun pengkaji perlu memastikan kesahan dan kebolehpercayaan data-data yang dikumpulkan untuk memastikan kajian yang dijalankan itu berkualiti. Di samping, benar-benar berlakunya penambahbaikan.
No comments:
Post a Comment