(tinjauan literatur/literature review)
Guru perlu teliti/ selidik/ kaji secara sistematik untuk penambahbaikan perkembangan profesionalisme.
Penelitian/penyelidikan/kajian secara sistematik dijalankan dengan membuat kajian kepustakaan.
Kajian kepustakaan dibuat supaya:
- dapat menbandingkan dengan orang lain.
- kelemahan yang sama dapat dielakkan.
- teknik orang lain dapat ditambahbaikan.
Kajian kepustakaan
- buku, jurnal, artikel seminar & laporan.
- dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan.
- memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.
Langkah-langkah membuat kajian kepustakaan
1. Menbandingkan dan membezakan
- Cari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria (ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa).
- Kemahiran ini digunakan apabila,
- terdapat 2 atau lebih ciri
- membuat pilihan atau keputusan
- Langkah-langkah
- perhatikan dan berikan tumpuan kepada ciri kajian tindakan -> sampel, setting, prosedur, pengumpulan data, analisis data
- kenal pasti ciri kajian tindakan
- tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama
- nyatakan ciri itu sama atau beza
(p.s. langkah ini penting untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan.)
2. Menganalisis
- mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagiaan yang kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
- untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan kenali prinsip yang terlibat.
- kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
3. Menilai
- membuat pertimbangan dari segi kekuatan dan kelemahan berdasarkan bukti dan dalil yang sah.
- kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:
- memilih sesuatu
- menerima atau menolak idea
4. Membuat kesimpulan
- membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada sesuatu hipotesis/ kukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
- digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan , meramal dan menyokong pernyataan.
5. Mensistesis
- menggabungkan idea/ unsur/ item dan perkara yang asing untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan/ esei/ lukisan.
- digunakan untuk:
- membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk
Kesimpulannya guru perlu membuat kajian kepustakaan dalam membuat kajian tindakan. Guru perlu menggunakan langkah-langkah seperti yang dicatatkan di atas supaya dapat meningkatkan profesiolisme guru.
SELAMAT HARI GURU
ReplyDeleteSelamat ber-Kajian Tindakan
Selamat ber-Seminar