Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan
Konsep Perubahan Dalam Pendidikan
- Dalam pendidikan, perubahan adalah tidak dapat dielakkan.
- Perubahan menyediakan manusia untuk menghadapi cabaran masa depan.
- Namun, perubahan kadang-kala menimbulkan ketidakpastian.
- Ketidakpastian ini perlu dielakan.
- Perubahan berlaku melalui medium (penyelidikan).
Jenis-jenis Perubahan
1. Perubahan ke arah peningkatan.
> Perubahan ini memberi kesan kepada komponen tertentu dalam sesuatu organisasi.
~ cth: Teknologi baru diperkenalkan kepada sekolah yang meningkatkan sistem
pentadbiran sekolah.
2. Perubahan strategik organisasi
> Perubahan ini melibatkan keseluruhan organisasi seperti:-
~ mendefinisikan semula peranan organisasi
~ perubahan nilai teras organisasi (Core value)
3. Perubahan reaktif
> Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak
berkepentingan (Stake Holder)
~ Kepekaan pelanggan dan pihak berkepentingan terhadap isu - isu persekitaran dan etika
memerlukan organisasi melakukan perubahan.
4. Perubahan akibat daripada jangkaan
> Perubahan ini adalah disebabkan terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang
perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif.
> Antara sebab perubahan:-
~ persiapan menghadapi pesaing baru
~ persiapan menghadapi perubahan kehendak pelanggan
~ penciptaan teknologi baru yang memerlukan organisasi berubah
~ persiapan menghadapi perubahan polisi kerajaan
~ perubahan dalam haluan (trend )tenaga kerja
Perubahan Adalah Kompleks
- Perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi.
- Evolusi = perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
- Revolusi = perubahan dalam tempoh yang pendek.
Perubahan Adalah Multidimensi
- Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai
pertimbangan (multidimensi)
- Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami:-
1. Tujuan Perubahan
2. Unit Perubahan (apa atau siapa yang terlibat dalam perubahan)
3. Sifat Perubahan (mengubahkan individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap dan tindak balas atau kedua-dua sekali)
4. Magnitud Perubahan (merujuk kepada sejauh mana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan)
5. Skop Perubahan (sejauh mana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan)
6. Jangka masa Perubahan
Model-model Perubahan
1. Model Penggabungan Roger
2. Model Kanter
3. Model RAND
4. Model ACOT ( Apple Classroom of Tommorow)
Saturday, May 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment