Saturday, June 6, 2009

Kuliah 7

PEMBENTUKAN:
- PERNYATAAN MASALAH
- TUJUAN/ OBJEKTIF/ PERSOALAN KAJIAN


Oleh: Hajah Halimah Harun

Hajah Halimah telah membentuk pernyataan masalah melalui pembentangan kertas proposal beberapa kumpulan yang bertuah. Hajah Halimah telah menyatakan kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki. Antaranya:-

Pernyataan masalah
Pernyataan masalah perlulah boleh disukat (measurable).
Penghayatan tidak boleh guna (Sebagai contoh: penghayatan sejarah – hal ini disebabkan penghayatan hanya dapat ditunjuk melalui tindakan seseorang individu. Oleh sebab itu penghayatan perlu digantikan dengan minat kepada sejarah.

(Meningkatkan Minat Di Kalangan Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah Dengan Menggunakan Komik)

Dalam pembinaan pernyataan masalah, matlamat perlulah dinyatakan.
Meningkatkan Penggunaan Katakunci Melalui Kaedah Rekacipta Lagu dalam Mata Pelajaran Biologi Tingkatan 4. (kurang jelas, untuk apa?)
Pernyataan masalah ini dapat ditambahbaikan dengan menambahkan “untuk meningkatkan kemahiran menjawab”.

(Meningkatkan Kemahiran Menjawab Dengan Meningkatkan Penggunaan Katakunci Melalui Reka Cipta Lagu Dalam Mata Pelajaran Biologi Tingkatan 4)

Pembinaan pernyata masalah adalah penting kerana melalui pernyataan masalah yang sempurna, kita dapat mengetahui tujuan, objektif dan persoalan kajian dengan jelas.

Kajian tindakan dijalankan untuk menambahbaik sesuatu perkara dengan menggunakan teknik-teknik atau cara-cara yang berbeza.
(Menambahbaik teknik mengajar dengan menukarkan teknik pengajaran yang baru)

No comments:

Post a Comment

Proposal Kajian Tindakan