Satu proses yang digunakan untuk mengumpulkan data, seterusnya data tersebut diproses untuk meningkatkan kefahaman (maklumat) dan diaplikasikan dalam kehidupan (pengetahuan), dan kemudiannya pengetahuan menjadi hikmah.
(Data > maklumat > pengetahuan > hikmah)
- Tambah pengetahuan
- Tambahbaik amalan
- debatkan sesuatu polisi (cth: PPSMI)
- bina kemahiran melakukan penyelidikan
Tujuan kajian tindakan dalam pendidikan
- Tambahbaikan (kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan & beri kesan kepada pelajar)
- perkembangan professional
- -------------------------------------------------------------------------
- libatkan kajian terhadap amalan sendiri
- libatkan penyertaan pengkaji
- bina teori daripada praktis
- berasaskan situasi
- sangat berguna dalam penyelesaian masalah sebenar
- berhadapan dengan individu (bertujuan memperbaiki praktis)
- berkenaan penambahbaikan
- libatkan analisis, refleksi dan penilaian
- membimbing perubahan melalui inkuiri (Koshy, 2005)
Jenis-jenis kajian tindakan dalam pendidikan
1. Individu
- satu isu dalam bilik darjah (cth: pengurusan bilik darjah- keceriaan bilik darjah)
2. Kolaboratif antara:
- guru-guru dalam bidang yang sama
- guru-guru dalam bidang yang berlainan
- guru dengan pihak luar
(fokus 1 masalah dalam 1 sekolah, tetapi berlainan subjek)
3. Peringkat sekolah
- berkenaan organisasi sekolah
4. Peringkat daerah
- satu isu, sekolah berbeza
Langkah – langkah dalam kajian tindakan
rancang > tindakan > pemerhatian > refleksi > rancang> tindakan > pemerhatian > refleksi ..
Contoh
Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) untuk meningkatkan kefahaman murid. Guru menggunakan pelbagai ABM untuk memilih ABM yang bersesuaian dengan murid.
Kesimpulan
Kajian tindakan dalam pendidikan merupakan satu kajian yang dijalankan oleh guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran & pembelajaran.

No comments:
Post a Comment